Perjanjian Lesen API

Perjanjian Pelanggan ini (selepas ini - "Perjanjian") menetapkan terma-terma dan syarat-syarat penggunaan laman web CREX24 (selepas ini "Terma-terma Perkhidmatan"), boleh diakses di https://crex24.com (selepas ini, "Laman Web"). Sebelum menggunakan laman web ini, individu (selepas ini "Pelanggan") mesti membaca, bersetuju dan menerima Terma-terma Perkhidmatan. Jika Pelanggan tidak menerima terma-terma Perjanjian ini dan tidak akan diikat oleh semua terma dalam Perjanjian ini, mereka patut henti menggunakan Laman Web serta-merta.

Perjanjian perlesenan API (selepas ini dirujuk sebagai "Perjanjian") mentakrifkan hak akses Pelanggan (selepas ini dirujuk sebagai "Pemegang Lesen") ke atas API, data dan dokumentasi yang disediakan dan dilesen oleh CREX24. Dengan menggunakan API CREX24, Pelanggan adalah di bawah kewajipan untuk mematuhi terma-terma Perjanjian. Jika Pelanggan tidak bersetuju dengan terma-terma Perjanjian, mereka tidak boleh menggunakan API.

API dilindungi oleh undang-undang hak cipta dan perjanjian hak cipta antarabangsa, serta undang-undang lain dalam bidang harta intelektual.

1. Peruntukan am

1.1Satu "antaramuka pengaturcaraan untuk aplikasi" atau "API" ialah set perpustakaan, alat, kod sumber, spesifikasi dan dokumentasi yang diterbitkan dan dibangunkan oleh CREX24. Mengikut budi bicara sendiri, CREX24 mungkin menyediakan kemaskini atau tambahan API untuk Pemegang Lesen.

1.2Dokumentasi termasuk (tetapi tidak terhad kepada) manual pengaturcara, bahan-bahan dan maklumat lain yang diperlukan untuk penggunaan API.

2. Pelesenan

Di bawah terma-terma Perjanjian ini, CREX24 memberi Pemegang Lesen lesen yang terhad, tidak ekslusif, tidak boleh dipindahkan (tanpa hak untuk sublesen) untuk menggunakan API hanya untuk kegunaan peribadi Pemegang Lesen (untuk pembangunan aplikasi untuk bekerja dengan produk CREX24).
Pemegang Lesen tidak boleh mengedar, memberi lesen atau memindahkan API kepada pihak ketiga.

3. Hak dan Had Lain

3.1Pengguna lesen boleh menyalin API hanya untuk digunakan di bawah terma-terma Perjanjian ini.

3.2Kejuruteraan songsang. Pemegang Lesen tidak mempunyai hak ke atau cod sumber API kecuali hak yang diberi secara nyata dan khusus kepada Pemegang Lesen dalam Perjanjian ini. Pemegang Lesen tidak berhak untuk memproses, menyusun semula, mengubahsuai atau menyahsusun API atau sebaliknya, mengurangkan API kepada bentuk yang boleh diterima, secara sepenuhnya atau sebahagiannya, kecuali dibenarkan secara nyata dan khusus dalam Perjanjian ini atau oleh undang-undang yang berkenaan.

3.3Untuk penggunaan API yang cekap, alat pembangunan tambahan seperti pengkompil atau perisian lain ("Perisian Pihak Ketiga") mungkin diperlukan. Pemegang lesen mempunyai tanggungjawab sepenuhnya untuk pembelian perisian ini dan lesen yang berkaitan. CREX24 tidak terikat dan tidak membuat sebarang waranti berkenaan penggunaan perisian pihak ketiga oleh Pemegang lesen.

3.4Pemegang lesen tidak boleh memberi haknya di bawah Perjanjian ini, kecuali hak yang diberi secara nyata dan khusus dalam Perjanjian ini. Pemegang Lesen tidak boleh menggunakan tanda dagangan atau nama dagangan CREX24. CREX24 memelihara semua hak yang tidak diberikan secara nyata dalam Perjanjian ini.

3.5Pemegang lesen tidak boleh mendapatkan hak paten kepada API atau aplikasi yang dibangunkan dengan menggunakan API CREX24 atau API dari lesen API CREX24 yang lain untuk mencipta, mengguna atau menjual sebarang produk atau teknologi.

4. Harta milik

CREX24 memelihara hak daripada harta intelek mereka termasuk semua paten, hak cipta, rahsia perdagangan, tanda niaga dan hak harta intelek kepada API dan apa-apa perubahan kepadanya. CREX24 mempunyai hak eksklusif untuk mendaftarkan apa-apa paten dan hak cipta. Pemegang Lesen mengakui bahawa menurut Perjanjian ini, Pemegang Lesen tidak mempunyai hak pemilikan kepada API, hanya untuk hak penggunaan terhad mengikut terma-terma Perjanjian ini.

5. Sokongan

Sokongan Pelanggan CREX24 tidak menyediakan sokongan teknikal untuk API di bawah terma-terma Perjanjian ini dan tidak menyedikan kemaskini, pembaikan ralat atau perubahan API.

6. Kerahsiaan

6.1API mengandungi maklumat berharga dan rahsia komersil CREX24, yang kekal sebagai harta CREX24. Pemegang lesen hendaklah mengelak daripada mendedahkan maklumat ini dan penggunaan API yang tidak dibenarkan.

6.2Pemegang lesen tidak boleh mendedahkan, mengiklankan atau menerbitkan terma-terma Perjanjian ini sebelum mendapat izin bertulis daripada CREX24. Apa-apa kenyataan akhbar atau penerbitan yang berkaitan dengan Perjanjian ini hendaklah dikaji terlebih dahulu dan mendapat kelulusan bertulis dari CREX24.

7. Tiada waranti

API dan dokumentasi disediakan "sebagaimana adanya" tanpa sebarang jenis jaminan. CREX24 tidak menjamin bahawa API dan dokumentasi yang sesuai untuk digunakan oleh Pemegang Lesen, adalah bebas daripada kesilapan atau kecacatan. Di samping itu, CREX24 tidak menjamin akses tanpa gangguan yang berterusan kepada API dan dokumentasi, dan tiada jaminan untuk hasil penggunaannya.

8. Had liabiliti

Pemegang Lesen adalah bertanggungjawab sepenuhnya untuk sebarang kerosakan kepada sistem komputer atau kehilangan data kerana muat turun atau penggunaan API ini. CREX24 tidak bertanggungjawab untuk sebarang kerosakan khas, sampingan atau akibat daripada (termasuk, tetapi tidak terhad kepada, kehilangan keuntungan, kehilangan atau penggantungan kerja, kegagalan atau kerosakan komputer, kehilangan maklumat atau sebarang kerosakan lain, termasuk impak kewangan hasil daripada penggunaan atau kegagalan penggunaan API atau peruntukan atau kekurangan peruntukan perkhidmatan sokongan) walaupun CREX24 telah diberitahu berkenaan kemungkinan kerosakan ini.

9. Indemniti

Pemegang lesen tidak akan menyerahkan tanggungjawab kepada CREX24, pelanggan, pembekal atau rakan niaga yang lain dan pekerjanya untuk sebarang kehilangan, tuntutan atau permintaan, yuran peguam yang munasabah akibat penggunaan API.

10. Tarikh dan Penamatan Perjanjian

10.1Jika Pemegang Lesen gagal untuk mematuhi mana-mana terma Perjanjian ini, beliau bertanggungjawab untuk CREX24 di atas kehilangan atau kerosakan yang timbul daripada perlanggaran terma-terma.

10.2Selepas penamatan Perjanjian ini, Pemegang Lesen akan serta-merta menamatkan penggunaan API, menghapuskan semua salinan API dan dokumentasi, atau mengembalikannya kepada CREX24.

10.3CREX24 berhak mengesahkan pematuhan Pemegang Lesen dengan terma-terma Perjanjian. Pemegang Lesen, dengan permintaan dari CREX24, mesti membantu proses ini.

11. Lain-lain

11.1Pelanggaran atau kegagalan untuk mematuhi terma perjanjian ini akan membawa kepada penamatan.

11.2CREX24 berhak untuk menggantung (atau menamatkan), dengan budi bicaranya dan tanpa notis, akses Pemegang Lesen kepada Perkhidmatan ini sekiranya berlaku pelanggaran terma-terma Perjanjian.

Dengan memasang, menyalin atau sebaliknya menggunakan API CREX24, Pemegang Lesen mengakui bahawa ia telah membaca, memahami dan bersetuju dengan terma-terma yang disenaraikan di atas.