Dasar Privasi ini (selepas ini dirujuk sebagai "Dasar";) mengawal pengumpulan, pemprosesan dan penggunaan maklumat peribadi pengguna perkhidmatan CREX24 (selepas ini dirujuk sebagai "Perkhidmatan"). Dengan menggunakan Perkhidmatan ini, Pelanggan (selepas ini dirujuk sebagai "Pelanggan") secara automatik bersetuju dengan Dasar ini.
Dasar ini boleh diubahsuai pada bila-bila masa mengikut budi bicara Pentadbiran Perkhidmatan. Pelanggan mesti secara bebas, memantau perubahan Dasar ini pada laman web CREX24 di https://crex24.com (selepas ini dirujuk sebagai "Laman Web"). Versi terbaharu Dasar ini akan berkuatkuasa serta-merta selepas diterbitkan pada Laman Web.
Untuk tujuan pendaftaran dan mendapatkan akses kepada Perkhidmatan, Pelanggan akan melengkapkan prosedur pengesahan dan menyediakan Perkhidmatan dengan maklumat peribadi (selepas ini dirujuk sebagai "Maklumat Peribadi"), termasuk alama emel dan foto dokumen pengenalan mereka (pasport).
Pelanggan patut menghubungi pasukan Sokongan Pelanggan untuk mengubah Maklumat Peribadi yang disediakan.
Perkhidmatan menyimpan Maklumat Peribadi Pelanggan sehingga saat akaunnya dihapuskan. Untuk memadamkan akaun anda, Pelanggan harus menghubungi pasukan Sokongan Pelanggan.
Perkhidmatan boleh menyimpan data Pelanggan untuk memenuhi obligasi perundangan dan penyelesaian pertikaian.
Maklumat peribadi Pelanggan boleh diberi kepada pihak ketiga, yang dinyatakan oleh undang-undang, hanya dengan perintah mahkamah, pada permintaan pihak penguatkuasaan undang-undang atau agensi kerajaan yang lain.
Perkhidmatan menggunakan kuki untuk memperbaik perkhidmatan yang disediakan. Pelanggan boleh menyahdayakan kuki dalam tetapan pelayar tetapi dalam kes ini, Perkhidmatan mungkin tidak berfungsi dengan betul.
Perkhidmatan ini mungkin mengandungi pautan kepada laman web pihak ketiga. Perkhidmatan tidak bertanggungjawab untuk kegunaan pautan ini. Pelanggan harus mengulas Dasar Privasi laman web pihak ketiga secara bebas.
Perkhidmatan menggunakan teknologi penyulitan dan penyimpanan yang piawai dan mengusahakan secara terbaik untuk melindungi Data Peribadi Pelanggan. Namun, tiada cara pemindahan dan penyimpanan data melalui Internet yang boleh menjamin keselamatan data sepenuhnya.
Jika terjadi sebarang isu berkaitan dengan Dasar ini, sila hubungiPasukan Sokongan Pelanggan untukPerkhidmatan.