Dasar Pencegahan Pengubahan Wang Haram (Polisi AML)
Pengubahan wang haram ialah penyembunyian sumber haram dana dengan mengubahnya ke bentuk tunai atau pelaburan yang terlihat sebagai sah.
CREX24 akan menetapkan prosedur tersendiri untuk menentukan pemantuhan dengan piawaian pencegahan pengubahan wang haram dan dasar Ketahui Pelangan Anda.
Pelanggan CREX24 melengkapkan prosedur pengesahan (mereka mesti menyediakan dokumen pengenalan yang diisu oleh negeri: pasport atau kad ID). CREX24 memelihara hak untuk mengambil maklumat pengenalan Pelanggan untuk tujuan Dasar AML. Maklumat ini diproses dan disimpan dengan baik dan ketat selaras dengan Dasar Privasi CREX24.
CREX24 mungkin juga meminta dokumen pengenalan kedua Pelanggan: kenyataan bank atau bil utiliti yang tidak lebih daripada 3 bulan, yang memaparkan nama penuh dan alamat semasa Pelanggan.
CREX24 akan mengesahkan keaslian dokumen dan maklumat yang disediakan oleh Pelanggan dan memelihara hak untuk meminta maklumat tambahan bagi Pelanggan yang telah dikenalpasti sebagai berbahaya atau mencurigakan.
Jika maklumat pengenalan Pelanggan telah diubah atau aktiviti nampak mencurigakan, CREX24 berhak meminta dokumen yang dikemaskini dari Pelanggan, walaupun mereka telah disahkan sebelum ini.
Pegawai Pencegahan Pengubahan Wang Haram mempunyai hak untuk bertindak dengan agensi penguatkuasaan undang-undang yang mencegah pengubahan wang haram, pelaburan aktiviti pengganas dan sebarang aktiviti haram yang lain.
Senarai di atas tidak terhad. Pegawai Pematuhan Dasar AML memantau urus niaga Pelanggan setiap hari untuk menentukan samada untuk melaporkan mereka dan mengelaskan mereka sebagai akaun yang mencurigakan.
Selaras dengan keperluan antarabangsa, CREX24 menggunakan pendekatan berdasarkan risiko untuk memerangi dan mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan. Oleh itu, langkah-langkah untuk mencegah pengubahan wang haram dan pembiayaan keganasan adalah setara dengan risiko yang dikenalpasti. Ini membolehkan peruntukan sumber secara efektif. Sumber digunakan mengikut keutamaan, perhatian terbesar akan diberi kepada risiko yang terbesar.