Contoh:

Apakah transaksi yang menyumbang dana kepada baki rujukan?
  • Jika seorang pelanggan rujukan anda membuat pengeluaran dalam mata wang kripto, anda mendapat komisen hingga 25% daripada pengeluaran tersebut.
  • Jika seorang pelanggan rujukan anda membuat satu perdagangan, baki rujukan dikreditkan sebanyak hingga 25% daripada pengeluaran tersebut.
  • Jika seorang pelanggan rujukan anda meletakkan satu pertaruhan pada mana-mana permainan yang tersedia di Crex24, anda akan mendapat 0.25% daripada pertaruhan tersebut.

Terma dan syarat program:

  • Komisen dikreditkan ke dalam baki rujukan anda hampir serta-merta setelah pelanggan rujukan selesai dengan transaksi mereka.
  • Komisen anda dikreditkan dalam mata wang yang digunakan oleh pelanggan rujukan anda.
  • Tiada had untuk jumlah rujukan yang anda boleh dapatkan daripada satu akaun. Anda boleh menggunakan seberapa banyak pautan rujukan yang anda suka.
  • Pengesahan bukanlah satu keperluan wajib untuk menyertai Program Gabungan.
  • Sesuai dengan peraturan dalam laman web Crex24, satu pautan rujukan tidak boleh digunakan untuk mendaftarkan lebih daripada satu akaun daripada pelanggan yang sama. Sekiranya perbuatan tersebut dikesan, semua dana yang diterima dalam bentuk komisen akan dibatalkan dan pengguna tersebut akan digantung penyertaannya dalam Program Gabungan.
  • Crex24 tidak menyediakan kemampuan teknikal untuk membuat rujukan kepada pelanggan yang sedia ada.
  • Crex24 tidak menawarkan syarat individu untuk Program Gabungan. Semua pelanggan ditawarkan dengan syarat dan peluang yang sama.
  • Crex24 berhak untuk mengubah terma dan syarat Program Gabungan atau menyesuaikan jumlah komisen untuk tawaran ini pada bila-bila masa.
  • Crex24 berhak untuk membatalkan hak pengguna pada bila-bila masa sahaja untuk mengambil bahagian dalam Program Gabungan dan menerima pembayaran dan komisen tanpa memberi sebarang sebab.

< Pergi ke Program Gabungan

Kami menggunakan kuki untuk menambahbaik kebolehgunaan laman web kami dan untuk menganalisis trafik, dan juga untuk tujuan keselamatan dan pemasaran. Ketahui lebih lanjut mengenai penggunaan kuki.