Mengenai kami

Pasukan kami yang muda dan tekun telah mengusahakan projek ini sejak 2017. Kami mempunyai pemahaman yang baik tentang dagangan mata wang digital dan mengetahui keperluan pelanggan kami. Pedagang mesti mempunyai pilihan aset yang pelbagai untuk berdagang, oleh itu kami tidak hanya menawarkan cryptocurrency yang popular (Bitcoin, Ethereum, Litecoin, NEM dan lain-lain) tetapi juga matawang yang jarang ditemui. Senarai pasangan dagangan kami sentiasa berkembang. Kami selalu terbuka kepada kerjasama dengan pemilik cryptocurrency.

Antaramuka kami adalah mudah dan jelas untuk kedua-dua pedagang berpengalaman dan pedagang yang baru bermula. API kami mempunyai semua dokumentasi yang diperlukan. Carta nilai pertukaran kami membolehkan anda untuk melaksanakan analisis yang pantas dan tepat untuk situasi semasa dalam pasaran pertukaran. Kami menghargai perlindungan data dan menyimpan baik dana dan maklumat peribadi pelanggan kami.

Kami menetapkan komisen kami pada kadar yang rendah supaya pedagang boleh mendapat lebih keuntungan. Kami membayar pembuat pasaran rebat (wang tambahan), dan tidak mengehadkan penyimpanan dan pengeluaran. Untuk membuat penyimpanan dan pengeluaran wang, anda boleh menggunakan kedua-dua cryptocurrency dan fiat, walaupun semasa menggunakan kad bank.

Pasukan Sokongan Pelanggan kami berkomunikasi dalam bahasa Inggeris dan Rusia.

Kami percaya bahawa perdagangan matawang kripto merupakan salah satu aspek dagangan pertukaran yang paling berpotensi dan menguntungkan: dalam tahun 2017, cryptocurrency berkembang beberapa kali ganda, dan terus berkembang sekarang.

CREX24 ialah pertukaran cryptocurrency yang moden dengan potensi yang hebat.

Kaedah pembayaran kami